Wednesday, May 29, 2013

LAMAN UTAMA

29 Mei : AHLI REDAH KE TANAH SUCI, MEKAH
Alhamdulillah, rakan kita, Pak Yob dan isteri telah bertolak ke KL selepas Isyak semalam untuk menunaikan umrah.  Beliau suami isteri dijangka berlepas dari KLIA 10.00 pagi ini menaiki pesawat MAS.  Sama-samalah kita doakan keselamatan mereka pergi dan balik di samping mendapat kemudahan serta keselesaan sepanjang menjalani ibadah khususnya umrah.  

Semoga ada lagi ahli-ahli yang lain akan menyusul selepas ini...Amin.
======================================================================
24 Mei : WALIMATUL URUS EN.ISMAIL
Sempena majlis perkahwinan anak En.Ismail Yahaya yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2013:
- semua ahli REDAH dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis
- semua ahli REDAH diharap dapat menjalankan peranan masing-masing seperti yg dirancang
- pasukan kompang REDAH dapat menyerikan majlis dengan persembahan kompang
- petugas-petugas dijemput untuk majlis doa selamat & tahlil pada 31 Mei, selepas 'Isyak.

Semoga majlis diberkati, dirahmati dan berjalan lancar sehingga selesai...Amin.
======================================================================