Friday, December 16, 2011

Syarat & Peraturan Pertandingan

1) Penyertaan terbuka dan terhad kepada 1500 orang peserta sahaja

2) Peserta hanya dibenarkan menggunakan satu joran dengan maksima dua mata kail sahaja.  Mata bom tidak dibenarkan

3) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika belaku sebarang kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan

4) Bayaran penyertaan sebanyak RM30.00 sahaja (bagi satu joran)

5) Ikan yang terkena mulut sahaja yang layak dipertandingkan

6) Ikan dalam kategori terberat sahaja dipertandingkan.  Jika terdapat berat yang sama maka pemancing terawal dikira pemenang.

7) Ikan yang dipertandingkan adalah hak milik penganjur.

8) Hadian yang ditawarkan adalah seperti berikut: (Kategori ikan terberat)
    8.1)  Pertama                                    - RM3000.00
    8.2)  Kedua                                       - RM2000.00
    8.3)  Ketiga                                       - RM1000.00
    8.4)  Keempat - Keenam                  - RM100.00
    8.5)  Ketujuh - Ke Lima Belas         - Hamper
    8.6)  Beberapa Hadiah Misteri         - Hamper

9) Sebarang pertanyaan sila hubungi:
    9.1) Tn.Syed Sahuri Syed Baharum  - 012-3979218
    9.2) En.Azman Mat Zin                     - 012-5450241
    9.3) En.Ruslan Mohd Noor              - 012-6593234

Tuesday, November 15, 2011

Monday, November 14, 2011

KUIZ KENDIRI

https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AuBSq05D-ddgdEc5YnBBTnk4b3BNYUE1dVZ3NGoyc0E

Saturday, October 22, 2011

DOKUMEN UNTUK SIMPANAN AHLI

Bagi tujuan ketelusan salinan Borang Maklumat Ahli akan diedarkan untuk simpanan setiap ahli yang telah menghantar borang secara online atau manual.  Maklumat Yuran juga tertera pada borang tersebut untuk semakan dan rujukan ahli.  Sila semak semua butiran yang dinyatakan dan maklumkan kepada J/kuasa secara rasmi jika terdapat sebarang kesilapan maklumat.

Ahli-ahli yang ingin menyemak butiran keseluruhan (lengkap) secara online boleh berbuat demikian dengan menghubungi admin melalui telefon 012-3593975 untuk panduan akses.

Segala butiran adalah dianggap betul dan tepat sekiranya ahli tidak mengemukakan permohonan pembetulan maklumat. 

Untuk tujuan penambahbaikan J/kuasa mengalu-alukan pandangan/komen ahli dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 12, 2011

KITAB FIQAH JILID SATU

Dapatkan buku rujukan seperti di atas dengan harga potongan istimewa 20%-25%. Buku tersebut sedang digunapakai untuk rujukan kelas fardhu 'ain di Surau An-Nur setiap hari Sabtu awal bulan. Sila hubungi En.Roslan untuk tempahan/pembelian. Terima kasih.

ARKIB

26 DIS : JUARA PERTANDINGAN MEMANCING


======================================================================

12 DIS : PERTANDINGAN MEMANCING...RM3000; RM2000; RM1000; DAN LAGI DAN LAGI

Pertandingan terbuka; terhad kepada 1500 penyertaan; penyertaan RM30 jer; hadiah lumayan; ikan banyak & beso-beso; moh kite ngail yob! 

Pendaftaran boleh dibuat di tapak pertandingan (Tasik Embayu, Proton City) pada 10 pg - 5.00 ptg, 24 Disember 2011 sehingga 5.00 petang.

Untuk pertanyaan : hubungi Syed Sahuri 012-3979218/Azman 012-5450241/Ruslan 012-6593234
(Syarat & Peraturan Pertandingan)
======================================================================
12 DIS : OPS PANCING MENYUSUL
BSBR menerima tawaran dari Majlis Daerah Tanjong Malim dan Proton City untuk berganding bahu menjayakan acara Pertandingan Memancing Perdana Sempena Sambutan Fiesta Pelancongan Tg.Malim dan Pelancaran Tahun Melawat Negeri Perak 2012.

Program akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
     - Tarikh   : 25 Disember 2011 (Ahad)
     - Masa    : 8.30 pagi - 11.30 pagi
     - Tempat : Tasik Embayu, Proton City, Behrang

Semoga BSBR terus berjaya.
======================================================================
12 DIS : OPS DURIAN SATU KEJAYAAN
Alhamdulillah! Ops durian yang merupakan aktiviti ke-4 BSBR menempa kejayaan dengan perolehan pendapatan RM8004.00 bersih.  Hasil diagih-agihkan kepada ahli mengikut kadar yang telah dipersetujui bersama.  Lebihan pendatapan dimasukkan ke tabung untuk modal pusingan aktiviti seterusnya.

Tahniah kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus menjayakan Ops Durian!
======================================================================
11 NOV : RUANGAN BARU - KUIZ UJI DIRI
Mari uji pengetahuan/kefahaman kita melalui KUIZ UJI DIRI yang disediakan di blog ini.  Yang tersiratnya admin nak mula belajar perkara-perkara asas dan semak untuk diri sendiri.  Boleh juga dijadikan bahan rujukan nanti. 
======================================================================
11 NOV : TERIMA KASIH PN.AMINAH
Terima kasih Pn.Aminah yang telah kemaskini maklumat diri serta yuran yang telah dijelaskan.  Diharap ahli-ahli lain dapat luangkan masa mengemaskini maklumat masing-masing terutama pembayaran yurang terkini melalui borang secara manual yang telah diedarkan atau secara online.
======================================================================
10 NOV : KELAS FARDHU 'AIN DITUNDA
Aktiviti Kelas Fardhu 'Ain seperti yang disiarkan pada 09 Nov terpaksa ditunda kerana penceramah akan ke Singapura malam ini hingga Ahad 13 Nov atas urusan tugas rasmi.

Sekian, terima kasih.
======================================================================
09 NOV : KELAS FARDHU 'AIN ANJURAN SURAU AN-NUR
Kelas Fardhu 'Ain di bawah tajuk Feqah oleh Ust.Jamaluddin Halid, Imam Masjid Raja Musa II BS akan diadakan seperti ketetapan berikut:
      Tarikh : 12 November 2011
      Masa  :  Selepas solat Maghrib
      Tempat : Surau An-Nur, Bandar Sri Behrang, Behrang Stesen


Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.
======================================================================
31 OKT : PROJEK DURIAN1 - SG.LEMBING
Alhamdulillah BSBR dapat projek baru untuk tambah aktiviti. Dgr khabar agak mencabar dengan kera di persekitaran dusun tu.  Tapi itu lah yg sronoknya.  Tang kerja tu x jadi hal sangat; yg susah sikit nak buat syif malam. 
(Galeri #4)
======================================================================
23 OKT : KETELUSAN : STATUS & DOKUMENTASI
Bagi tujuan ketelusan status dan maklumat ahli, termasuk pembayaran yuran setiap ahli akan menerima Borang Maklumat Ahli untuk disemak dan disimpan. Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyemak semua butiran untuk kesahihan maklumat.
======================================================================
13 OKT : KITAB FIQAH JILID SATU
Dapatkan buku rujukan seperti di atas dengan harga potongan istimewa 20%-25%. Buku tersebut sedang digunapakai untuk rujukan kelas fardhu 'ain di Surau An-Nur setiap hari Sabtu awal bulan. Sila hubungi En.Roslan untuk tempahan/pembelian. Terima kasih. ======================================================================
03 OKT : GALERI
Klik pada  'Galeri' yang terdapat di bahagian atas blog untuk lihat gambar2 aktiviti.  Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
======================================================================
19 NOV : PENDAPATAN HASIL PRJ.DURIAN1
Sekadar makluman khusus untuk ahli BSBR berkaitan perkara di atas.  Segala pertanyaan berkaitan butiran lanjut boleh diajukan kepada Pengerusi atau Pengurusan Projek.
======================================================================
08 NOV : PENDAPATAN HASIL PRJ.DURIAN1
Sekadar makluman khusus untuk ahli BSBR berkaitan perkara di atas.  Segala pertanyaan berkaitan butiran lanjut boleh diajukan kepada Pengerusi atau Pengurusan Projek.
======================================================================

01 NOV : KELAS FARDHU 'AIN ANJURAN SURAU AN-NUR
Diimaklumkan bahawa kelas Fardhu 'Ain yang sepatutnya diadakan pada Sabtu 5 Nov ditunda ke Sabtu 12 Nov kerana Aidil Adha jatuh pada 6 Nov.2011.
Sekian, harap maklum.
======================================================================
23 OKT : KEMASKINI MAKLUMAT AHLI
Beberapa kesilapan ejaan (pada nama) dan angka (pada No.Tel) telah dikesan setelah borang dicetak.  Softcopy sedang diedarkan oleh Pengerusi kepada ahli-ahli untuk disemak.  Tuan/Puan boleh kemaskini borang maklumat sama ada secara online ATAU manual.

Tatacara Pembetulan:
1) Online  : Hanya isi semula ruang 'Nama Ahli' serta ruang maklumat untuk pembetulan  
                   sahaja.  Lain-lain ruang yang tidak diisi sebelum ini (Pekerjaan & Alamat Tempat
                   Bekerja) boleh diisi dengan maklumat baru.
2) Manual : Tuliskan ejaan/nombor yang betul untuk pindaan/tambahan menggunakan pen
                    dakwat merah.  Kembalikan borang tersebut kepada Pengerusi/Setiausaha.

Sekian, terima kasih.
======================================================================
19 OKT : STATUS PENGUMPULAN MAKLUMAT AHLI SEHINGGA 19.202011, 4.45 PTG
Terima kasih & Tahniah kepada saudara Hamzah yang baru sahaja menghantar maklumat diri, jam 3.02ptg, seterusnya menambahkan jumlah ahli yang mendaftar secara online.
Sekian, terima kasih.
======================================================================
19 OKT :TERIMA KASIH KPD AHLI BSBR
Terima kasih & Tahniah kepada 7 ahli yang menyalurkan maklumat diri melalui borang online.  Harap dapat bantu/bimbing rakan2 lain yang belum hantar maklumat.
Maklumat akan dicetak dan diserahkan kpd Pengerusi untuk tindakan selanjutnya
Sekian, terima kasih.
======================================================================

13 OKT : BORANG MAKLUMAT AHLI VERSI 2
Mohon semua ahli BSBR mengisi borang maklumat ahli yang telah dikemaskini untuk tujuan semakan dan rekod. Ahli-ahli boleh mengisi borang secara online atau manual. Borang secara manual boleh diperolehi dari Pengerusi BSBR.

Sekian, terima kasih. ====================================================================== 12 OKT : MAJLIS ILMU
Surau An-Nur Bandar Sri Behrang akan mengadakan Kelas Fardhu 'Ain Bil.3/2011 seperti ketetapan berikut:
     - Tajuk           : Dampingi Al-Quran
     - Tarikh          : 15.10.2011 (Sabtu)
     - Masa           : Selepas solat Maghrib
     - Tempat        : Surau An-Nur
     - Penceramah : Ustaz Hairani Saadan, Imam Masjid Raja Musa II, Kg.Pauh

Dijemput muslimin dan muslimat khususnya penduduk Bandar Sri Behrang hadir ke majlis tersebut.
====================================================================== 06 OKT :SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR
Terlupa pula nak ucapkan selamat kembali kepada ahli rombongan yang  telah melancong ke Bandung baru-baru ini.  Terima kasih kerana membawa ole-ole dari tanah seberang termasuk kerepek Bandung, Rempeyek Bandung, dan tidak ketinggalan aneka jenis jambu dari Bandung.  Tak sangka pula ada yang mabuk kapal terbang sehingga tersengguk-sengguk macam tak cukup tidur.

Dengar khabar ada jemputan malam ini untuk menikmati buah-buahan pelek dari sana.  Kalu setakat buah salak tu tak ler pelik sangat...kat Salak South pun ada... Pape pun TQ atas ingatan kat kami yang tercicir.
======================================================================
06 OKT : BORANG MAKLUMAT AHLI
Borang di atas disediakan bagi membantu JK mengumpul maklumat yang mungkin diperlukan untuk tujuan pengurusan. Ahli BSBR diminta memberi pandangan untuk memurnikan borang tersebut. Ianya akan digunapakai sekiranya dipersetujui ramai. Sekian, terima kasih.
(Borang Maklumat Ahli)
======================================================================
05 OKT : HOME SWEET HOME
Selamat kembali kepada 12 rakan-rakan AJK BSBR dari Kursus Kepimpinan yang berlangsung pada 3-5 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.  Semoga dengan kembalinya dari kursus tersebut AJK sekelian dapat mentadbir persatuan dan masyarakat dengan lebih efisien lagi mesra rakyat.  
======================================================================
01 OKT : KOMENTAR PENGUNJUNG
Terdapat kesulitan bagi sesetengah pengunjung dalam memberi respon melalui ruang komen yang sedia ada.  Justeru, diwujudkan borang KOMENTAR PENGUNJUNG bagi memberi alternatif kepada pengunjung yang ingin menyalurkan maklumat atau memberi respond dalam blog ini.
======================================================================
01 OKT : MESYUARAT PENGURUSAN BSB REDAH
Mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
      - Tarikh            : 02.10.2011
      - Masa             : Selepas solat 'Isyak
      - Agenda         : Lantikan JK Pentadbir; Laporan Kewangan ; Ranc.& Status Akitivit;     
                                Hal-hal Lain
Dijemput SEMUA ahli untuk hadir.
======================================================================
01 OKT : MAJLIS ILMU
Dimaklumkan bahawa Surau An-Nur Bandar Sri Behrang akan mengadakan kelas fardhu 'ain seperti ketetapan berikut:
     - Tajuk           : Feqah - Bersuci
     - Tarikh          : 01.10.2011
     - Masa           : Selepas solat Maghrib
     - Tempat        : Surau An-Nur
     - Penceramah : Ustaz Jamaluddin Halid, Imam Masjid Raja Musa II, Kg.Pauh

Dijemput muslimin dan muslimat khususnya penduduk Bandar Sri Behrang hadir ke majlis tersebut.
======================================================================
25 SEPT : ADMIN OUT STATION
Hari ini admin out stesen lagi, jauh sikit, 30hb baru balik.  Akan rindu kengkawan kat surau.  Harap2 blog ni jadi penawar rindu.  Bila edit & upload jer gambar2 rasa macam tgh duduk sesama kengkawan.  Harap dapat respon kengkawan melalui 'shoutbox' kat sebelah kanan tu yer.
(Info lagi)
======================================================================


24 SEPT : TERIMA UNDANGAN SAMBUTAN AIDILFITRI
BSB Redah berbesar hati menerima undangan, seterusnya turut menyumbang persembahan nasyid dan lagu patriotik oleh anak-anak penduduk Bandar Sri Behrang.
======================================================================
23 SEPT : KESEMPATAN YANG ADA
Admin blog ni semedang jer out station. Jadi ada masa2 tu x dpt la nak kemaskini maklumat. Namun kalu ada kesempatan, tengah2 malam ker, sambil2 nengok tv ker, insyaAllah bole ler tambah2 info.
(Info lagi)
======================================================================
22 SEPT : AKTIVITI TERBARU : SAMBUTAN AIDILFITRI
Aktiviti  : Sambutan Aidilfitri Bersama Ahli Parlimen TM & ADUN Behrang
Tarikh    : 10 September 2011
Tempat  : Bandar Sri Behrang
Anjuran : JKKK Kg,Padang/Kg.Pauh & JK Penduduk Bandar Sri Behrang 
(Info lagi)
======================================================================
21 SEPT : UPDATE BLOG
Malam ni saje jer nak tengok apa yg boleh di'upgrade' blog ni.  Baru kjap tadi dah wat banner utk tajuk BSB Redah.  Nanti bila2 ada masa plak bole ler ubahsuai bagi cantik sikit.  Tu cuma utk temporary jer.
======================================================================
21 SEPT : SALAM PERKENALAN
Selamat Datang. Ari ni blog ni dibangunkan ekoran dari permintaan rakan2 geng REDAH.  Bukan apa...deme nak nengok gambar2 aktiviti.  Di samping itu kate deme bole la upload cite2 geng.  Xde apa pun...utk suka2 jer.
======================================================================


Saturday, October 1, 2011

Sunday, September 25, 2011

Admin Out-Station

Perjalanan ke Kuching

Taklimat & Ceramah 1

 
Guru-guru Sarawak ni mula2nya serious2 belaka!

Sebenarnya komitmen & harapan mereka sangat tinggi.

Sesi Perbengkelan - Bina Bahan Mengajar



Memulakan bahan-bahan asas







Saturday, September 24, 2011

MENERIMA UNDANGAN MAJLIS HARI RAYA

BSB Redah dijemput bersama memeriahkan Majlis Sambutan Aidil Fitri anjuran bersama Pusat Khidmat Masyuarat DUN Behrang, Majlis Daerah Tg.Malim dan JKKK Felda Sg.Behrang pada 24 September 2011.  Pasukan Nasyid di bawah pimpinan En.Khalid, ahli BSB Redah turut membuat para tetamu teruja dengan persembahan yang disampaikan.






Thursday, September 22, 2011

TEMPAT OPERASI






Beginilah tempat teman beroperasi - Tak kira tempat, tak kira masa, ada jer masa boleh mencelah teman updateler apa2 yg patut.  Gambar2 di atas tu ialah aktiviti sepanjang 21-22 Sept jer. Bermula dr S/River, Simpang Pulai hingga ke Ipoh.  Pasni 1 minggu nak break jap - sebab out stesen, jauh dan pack schedulenya,  balik dari situ baru boleh ada masa kot. Till then, bye...